Thursday, December 16, 2010

cover your aurat campaign | unexpected response!

assalamualaikum readers! sekarang ni aku nak update pasal ‘Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support!’ yang aku anjurkan kelmarin. alhamdulillah, aku tak menjangka ramai akan support kempen ni. mula-mula aku ingat takkan ada yang akan berminat untuk menyokong kempen-kempen yang agak-agak islamik sikit. yela, sekarang kan orang tengah sibuk bagi award, tag, blog pilihan, contest dan giveaway. tapi rupanya sangkaan aku meleset habis. lepas lebih kurang 30 jam aku post entri mengenai kempen ni, lebih kurang 60 blogger dah sama-sama join dan ada beberapa blogger yang tunjukkan minat untuk menyokong berkempen menyeru orang ramai menutup aurat. serious aku terkedu sekejap. teruskan sebar mesej kempen tu pasal dakwah tak ada tarikh tutup..hehehe =)

alhamdulillah, tadi aku dah pegi jenguk-jenguk semua entri-entri mengenai kempen ni yang blogger-blogger semua linkkan kat ruangan komen aku. thanks kepada semua yang support kempen ni! thanks jugak kepada blogger-blogger terkenal seperti abg Ben Ashaari yang turut tak ketinggalan mempromosikan kempen ni (entri: Jom Meriahkannya!). Lebih menarik bila blog fulltimemuslim.com (Muslim 24 Jam) siap ada buat satu artikel khas untuk ‘Cover Your Aurat Campaign’ ni (entri: Tutuplah Auratmu..). terima kasih sangat-sangat! (aku still gosok-gosok mata lagi ni weh bila benda ni tersebar cepat gilerr!)

kepada siapa yang nak baca apa yang bloggers lain tulis pasal aurat, korang boleh pegi usha dekat bloglist ‘We Support Cover Your Aurat Campaign’ di sidebar belah kanan ni hah. aku berani janji korang takkan menyesal baca entri-entri kat situ. macam-macam ada dari dalil-dalil mengenai aurat, fesyen muslimah, pengalaman bagaimana tergerak hati nak menutup aurat, panduan menutup aurat dan macam-macam lagilah!

paling aku terharu bila ada beberapa blogger yang baca entri pasal kempen ni mula pasang niat nak kurangkan pakai baju ketat, nak jauh-jauh dari pakai baju nipis, nak berusaha pakai hijab secara konsisten dan lain-lain. tak sangka kempen ni mampu bagi impak besar kepada yang lain-lain. memang serious tak sangka usaha kecik ni mampu bagi perubahan besar kepada individu lain. kalau betul macam tu, cayalah! teruskan sebar kempen ni! aku yakin, kalau kita sesama Islam saling nasihat-menasihati macam ni, insyaalah, niat kita buat benda ni mesti tercapai!

untuk siapa yang nak join kempen ni, boleh klik sini!

*thanks sangat sangat sangat kepada semua yang join! hanya Allah dapat membalas jasa baik korang semua!

 

15 comments:

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Perkara yg baik dilandasi niat yang ikhlas lillahi taala pasti akan ada dorongan dan kemudahan ke arah itu..mabruk alaik..:)

♥khairunnisa ar alhan♥ said...

may Allah bless u...
http://cobaltchloride.blogspot.com/2010/12/story-to-share.html

visit here to know my story...

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ said...

ini semua perkara yang baik.. alhamdulillah, mungkin cara ini dapat beri kesedaran pada semua orang diluar sana..

Nur Mudrikah said...

kalau niat kita ikhlas keranaNya..insyaAllah dipermudahkan

Alisya said...

salam..insyaAllah, setiap perkara yang baik itu mendapat keberkatan daripada-Nya..

asyfiqaz said...

thanks semua! sama2 kita menghidupkan balik zaman nasihat-menasihati dan bukan lu pikirlah sendiri. sampaikan walau sepatah. kan? kita tak sempurna tapi tak salah untuk kita saling menyempurnai =)

miss Fyqa said...

moga Allah memberi kita semua petunjuk dan hidayah dari nya agar menjadi umat islam yg sejati dan mengikut syariat islam. Amin~

Qaseh dalia adelia said...

benda yang baik...kita patut sokong..benda jahat kita elakkan..amar maaruf nahi mungkar :)

Fiqah Alias said...

alhamdulillah..hope usaha yang baik nie akan diberkati Allah..insyaallah same2 kite support yer...moga2 same2 kita mendapat manfaat dr usaha murni nie..(~.^) kita sama2 sebagai murobbi & khalifah kt atas muka bumi bertanggungjwb sebarkan dakwah walau sepatah huruf...keep on dakwah yer..

HonEyBuNNy said...

wah bagusnya...alhamdulillah...dapat sambutan.....

Aretikz said...

Salam
Bro, saya mencadangkan sahaja.. andai dapat diperluaskan lagi benda ni selain blog.. facebook pun boleh jadi medan support kempen ni.. yang pentig ada satu artikel yang menarik.. kemudian di jadikan nota dalam facebook.. lalu di tag orangnya.. siapa support.. minta share.. insyaAllah kita mendapat sesuatu yang bermanfaat.. hehe..

anamizu said...

tahniah asyfiqaz!
ramai je yg join even campaign ni tak menjanjikan ape2 hadiah ^^
alhmdulillah masih ramai yg sudi berdakwah ke jalan allah (-_-)



cover your aurat campaign=i support!

saya said...

salam. terima kasih atas penganjuran kempen tu. memang bagus. Moga ALLAH redha usaha ini, InsyaAllah. :)

asyfiqaz said...

thanks kepada semua yang tolong sebarkan!

SumaiyyahAbidah said...

Salam. Saja nak ucap tq sbb buat campaign ni. First time saya pegi blogwalking sehebat ni. Best baca komen2 penyokong kempen, rasanya dekat semua blog yg sokong saya jengah. It's good to know ramai yg ada kesedaran, cuma buat dengan tak buat je kan.
Tq once again!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails