Wednesday, December 1, 2010

asyik baju sama je?

assalamualaikum. kan? dah macam takde tips lain pulak yang aku nak kongsi, tak pasal-pasal ‘tips elak orang perasan kita pakai baju sama’. haha. hey don’t play play maa, ini tips confirm amat-amat berguna untuk manusia yang duduk universiti atau kolej-kolej yang tak guna uniform dan orang yang bekerja tanpa uniform (maknanya bukan baju syarikat laa..). Kalau siapa yang ada uniform tu senang sikit kot pasal boleh guna alasan “company aku bagi 2 helai je, so tu jela yang aku pakai, takkan nak tempah lain kot?”. hehe..

Well, macam la tak biasa dengarkan orang cakap kat korang (or kawan korang), “eh, kau ni takde baju lain ke? aku asyik nampak kau pakai baju niii je? kau tak basuh ea?” . Oke, kalau orang kata kau tak basuh baju tu pada aku macam agak hina pasal seolah nak kata kau pemalas (malas basuh baju) or seorang yang busuk, busam, hapak dan kepam (pasal tak basuh baju). eeeeee..jijik. haha. Tapi aku mengaku la kan, aku bukan manusia yang suka la sangat basuh baju nak nak guna tangan (ouh memang pemalas). Bukan apa, aku ni nak berpeluh pon susah, kalau marathon Pavilion ke Times Square 10 kali pon baru keluar 2-3 titik peluh je kot (sehat ke tak kau ni? haha). So baju suci bersih murni macam bazir sabun basuh je nak cuci baju tu kan? ehehe..

orait, tips-tips ni bukan la dari research mana-mana pon. so depends la sape yang boleh ikot, ikot la, sape tak, tak payah..hehe. Semua ni is based on my experience je. Tiap-tiap kali masuk sem baru je orang akan kata, “ei, ko mesti de banyak baju baru lagi kan”, or “yela, kau kan ada banyak baju” walaupun sebenarnya tak pun. oh what the? haha..aku anggap tu semua as ayat sarcastic. haha. aku ni dah la orang miskin, tang mana wujud ‘banyak baju’ ntah. Orang je nampak macam aku de beriban-riban baju. haha. Ah, banyak aku meraban nih, meh kita terus ke tips!



1. Jangan asyik beli baju colour sama.

haa..yang ni antara yang terpenting. Ya, aku paham korang semua ada fevret colour masing-masing, so am I. Tapikan, kalau boleh pelbagaikan la colour baju yang korang beli tu. Contohnya, korang suka warna purple, kot ye pon jangan la semua baju yang korang beli tu nak colour purple! Pasal takut nanti orang ingat kita pakai baju sama tiap-tiap hari! Padahal kau ada 20 helai stok baju purple dalam almari. Tapi sape je tau kan? Takkan nak bagitau sorang-sorang “hey, aku ada 20 helai lagilah baju colour ni kat almari”. haha. Paham-paham la, kita ni bukan artis, sampai orang nak teliti apa yang kita pakai tiap-tiap hari kan, so apa yang orang nampak is “aku tengok dia ni tiap-tiap hari dok hentam pakai baju purple tuh..tak basuh ke?” haha macam mak joyah mengumpat. Orang tak sempat tengok pon design baju korang yang semalam berbeza dengan yang harini, tapi orang akan ingat colour yang korang pakai, dan orang akan ingat korang pakai baju sama. kih kih kih..



2. Pakai cantik-cantik bila jadual full je.

Yang ni elok dipraktikkan oleh student-student macam aku ni. Kan jadual study korang mesti ada hari yang pack dengan lecture and ada hari yang freeeee sangat-sangat kan? So amat disarankan di sini, korang pakailah smart dan cantik bila hari yang korang pack tu. Pasal haritu korang akan berhadapan dengan manusia yang ramai sehari suntuk. Tapi kalau setakat nak pergi kuliah yang sejam dua, sarung je apa-apa baju yang ada, pasal korang takkan jumpa ramai orang and orang pon tak sempat nak nampak kelibat korang (sekaligus tak perasan pun apa korang pakai..hehe). Maknanya kalau time kuliah sejam dua tu, kalau korang pakai baju semalam or kelmarin pon, takkan ramai orang perasan punyer =)



3. Make sure ada sweater, cardigan, jumper or fleece.

Barang-barang ni amat berguna bila korang dah takde stok baju da. So untuk nak cover line yang korang pakai baju semalam (haha), korang cekup je la sweater tu. Dalam masa yang sama boleh bajet stylo (padahal dalam sweater tu baju semalam). Dengan cara ni memang orang tak amik tau pun pe korang pakai dalam sweater tu, baju semalam ke, setahun tak basuh ke..who knows? haha. Tapi cara ni kurang praktikal time musim panas nanti orang kata kau ‘buang tebiat’.



4. Reserve baju.

Cara ni pun bagus untuk buat orang nampak korang macam sentiasa ada baju baru. Apa yang korang kene buat is simpan satu or dua baju and jangan pakai baju tu untuk sebulan dua. As I said before, kita bukan artis yang orang nak ingat semua baju kita kan, so bila kita pakai baju yang dah kena ‘reserve’ sebulan tu, mesti orang akan nampak macam “ei, baju baru ke? tak pernah nampak pun?”. haha..sebenarnya bukan dorang tak pernah nampak, tapi lupa yang korang pernah pakai dulu. Tapi agak-agak la simpan tu kan, jangan sampai dah berkulat-kulat sudah..hehe



okay, berbulu da jari aku dok menaip panjang-panjang ni. sebenarnya ada lagi, tapi rasa macam tak senonoh je untuk aku nak kongsi kat sini..haha. So for those yang pernah kena caci kutuk maki dengan kawan-kawan pasal asyik pakai baju sama, boleh la try tips-tips ni. Melabur la sikit beli satu dua helai baju sebulan dua sekali. Tak perlu yang mahal-mahal, asal orang tak kutuk kau busuk masam pakai baju sama dah la. haha. Siapa yang kaya raya boleh beli 365 helai baju untuk setahun tu, buat tak tau je la kat enrty ni.hehe.


nota baju sama: aku buat part time jumaat ni, and beruniform. so tak payah nak pikir kena pakai apa =p

10 comments:

miss Fyqa said...

Haha.
tips yg berguna..
=))

saye kerink said...

looks like someone notice my entry.
hahaha. yeahhh! tq tq. tu la cuti ni kena ajak my bff teman beli baju. sebab seriously i dunno what to buy. sebab org tak berape pandai la beli baju bagai ni. kang salah match, huduh jadinya. and and, cardigan.. nak cardigan, tapi dunno which one suit me. mana nak carik aa?

and and, do u notice every monday im wearing the same cloth. haha. sebab errgghh tak berkesempatan nak beli kemeja baru and and SIZE! yes. size is one of my problem too. see badan kurus tak semestinya senang nak carik baju okay, sama susah macam orang yang ber-XXL.

ada jumpa yang fit me pun, harga perghhh sebab tu malas nak beli. pergi sana sini takde yang fit, yang ade dekat kedai2 yang super mahal. dorg ingat den ni anak tokey balak ke? grrrr

anyway, memandangkan hujung2 tahun selalunya ada SALES!! hoping that my mum will give me some money la to buy some. jangan tak bagi sebab haritu dah bagi tapi BURN entah ke mana. heeee.

abg afiq abg afiq. thank you again! anyway, i want more tips. ni tak cukup. haha. tc. salam ;]

asyfiqaz said...

miss fyqa: oww u r most welcome =)

asyfiqaz said...

faris: hehehe..cardigan? abg de jmpe cardigan yg bgos utk mnusia kecik (like me) n kurus (like u) kat Uniqlo but the price is..duhh..1++ la jugak..hehe..

owh, btw abg bwt part time dekat Isetan The Gardens starting this friday (3/11). klu nak baju bley pegi sana..haha..jusco pon de sale..or bole pegi kluar luch? (eh, dah tersasar dari tajuk pulak..haha)

hari isnin baju biru kan? (if i'm not mistaken laa)..haha..xpela, isnin je..hehe

hey, kalau pergi mid or gardens do contact me la yup! hehe~

W N Adilah ooh*) said...

Abang afiq :)

Kalau for the girls kan,
I oftenly pakai baju kurung pergi kuliah.

And lebih casual kalau untuk weekends dan pergi anjung je.

Anyway,
dari sekolah lagi,
kitorg suka tukar2 baju kurung dgn kawan.

Sebab borring dgn baju sendiri.
SO
TRYLAH,
sure org kata,
wahh baju baru ke?


Jawapan :
HA'AH,BAJU BARU..
BARU PINJAM DR HOUSEMATE :)
HAHAHAHAHAHAH

asyfiqaz said...

eh aah, lupa plak tips yg tu..
slalu guna cara tu time dok kat hostel..tukar2 baju melayu utk pegi prep malam..so nampak macam ada 50 helai baju melayu dalam almari, padahal pijam =p
hehehe

HonEyBuNNy said...

suka tips neh...hehehheh

Far8 budak baik said...

stylahhh ayat tu..
hahaha =)

W N Adilah ooh*) said...

Hahahahahah ha'ah time prep malam !

Bajet lawa a kan,padaaahaaaalll.

Hahahahaha :)

Seb baik prep petang takyah pakai baju kurung gak,kalau tidak. Grrr,
KENA BELI YANG PAKAI BUANG LAH LEPAS NI.Hhahaha

Privacy_Resident said...

nice tips bro! aku selalu kena cop pakai baju sama hari2 padahal sebab warna baju aku kebanyakan memang warna hitam! cis! -_-"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails