Wednesday, November 17, 2010

knock out

1st day cuti:

6.30 pagi dah siap-siap pasal nak teman my mom pegi hantar adik aku yang 3 orang tu pergi hari orientasi kat sekolah baru kat kawasan rumah aku, SK Taman Tun Teja. Seriously sangat penat dan mengantuk pasal aku baru je sampai rumah pukul 4.30 pagi tu (maknanya aku dapat tidur 2 jam je!). Sekolah ni pun macam dah tak sabar sangat nak sambut student baru walaupun hari persekolahan de tinggal lagi berapa hari je lagi and the fact is sebenarnya sekolah ni akan mula beroperasi by next year.


002

pembahagian kelas whatsoever..


Tapi cantik jugakla sekolah ni, baru la katakan. Pejabat Am dia pun macam jauh lebih cantik dari Pejabat Am kampus aku..haha. Then tak sampai setengah jam duduk kat sekolah tu, semua parents and guardians diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah. Kurang asam tol, aku baru je nak snap-snap gambar. Pukul 1 tu aku pergi amek 3 orang adik aku kat sekolah and nyaris nak terlanggar 2 moto. Tahniah. Bukan salah aku pun, jalan depan sekolah tu yang sempit sangat, haha. Aku pemandu berhemah kot..hehehe..



003

front view of the school


petang tu pulak aku kena paksa pergi Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah agama adik aku pasal dia excited giler nak amek hadiah. Parents aku mana? Oh tak, dorang tak dapat pergi pasal ada hal penting (a.k.a pergi Parkson dengan adik-adik aku yang lain). So, aku ni terkedek-kedek la pergi ‘majlis anugerah’ tu dengan adik aku yang darjah 5 ni pasal dia sorang je pon yang dapat anugerah. Aku ni punya lah semangat siap gosok baju kemeja lagi pasal nak datang ‘majlis’ ni, last skali, ceh, hampeh giler majlis. Seriously annoying. Protokol memang takde langsung. Rasa macam datang mesyuarat PIBG pun ada pasal Guru Besar dia punya ucapan siap panjang lebar, ayat tunggang terbalik, then siap bentang-bentang bajet sikit..dah la aku ni wakil je, so sumpah boring. haha, tapi aku tersenyum balik bila tengok budak-budak ni buat persembahan nasyid and sajak (sajak la sangat). Paham-paham je la bila budak-budak ni nasyid, mau sampai nak pecah speaker tu pasal suara nyaring sangat and perasan sedap..haha..



004



Lepas habis je majlis, aku stret balik dengan adik aku and tak makan pun jamuan dia pasal aku takut aku mati kebosanan kat sana. hehehe..

right after maghrib, semua bertolak pergi Gombak pulak pasal adik-adik aku ada training Taekwondo kat sana. nyamuk banyak, dem! Macam biasa, kalau dah lepak dengan parents committee taekwondo tu memang tak sah kalau tak balik pukul 12 malam ke atas. So dengan bangganya kitorang balik pukul 1 kot.


2nd day cuti :

harini kena tolong ayah aku kat kedai pasal pekerja ayah aku semua dah balik kampung pasal nak Raya Haji. Baikkan ayah aku? Bagi pekerja cuti then majikan yang kene kerja..muahaha..and yes, aku menyedari math aku amat-amat teruk! sampai nak kira RM1.80 x 2 pun terkial-kial..mana tak nya, baru habis final exam kot..my brain need some rest..haha..

harini hari raya aildiladha so hopefully I got enough rest today..haha..

kepada semua muslimin dan muslimat, selamat hari raya aidiladha! jom tumbangkan lembu lepas solat nanti..hehe *jakun*

2 comments:

HonEyBuNNy said...

salam aidil adha...jom2 g tgk lembu...hehhe

miss Fyqa said...

Salam Aidiladha :)

Eh,cantik sekulah tue.
Huhu =))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails