Saturday, November 20, 2010

let the photos speak! #1

001

1. UNIQLO Malaysia

pheww~lepas berkurun lamanya store UNIQLO ni dibuka kat Malaysia (baru buka 2 minggu laa), aku ni baru berkesempatan terhegeh-hegeh datang sana. Time grand opening dia awal bulan November haritu aku tengah final exam laa..haha. Sebenarnya aku datang pun pasal ada sale, yeah ada ‘introductory price’..and pasal aku ada dapat voucher RM40, so macam rugi kalau tak pergi redeem kan? Lagi lagi lagi buat aku excited nak datang bila ramai bagi review kat internet cakap yang pakaian brand UNIQLO ni kualitinya tinggi and selesa dipakai..and ramai jugak cakap dekat UNIQLO Malaysia FB fan page yang staff-staff dekat sini semua bagus-bagus..haha, yeah korang memang tak boleh sangkal benda tu pasal dari langkah pertama korang masuk store ni sampai ke cashier korang takkan berhenti dengar, “Welcome to UNIQLO (yu-ni-ku-ro)”, walaupun aku dah dua jam dalam tu tapi still staff dia welcomekan lagi..pening aku dengar..haha. Then agak damn jugak pasal aku tak dapat UJ (jeans) yang aku nak. Yang ada untuk laki is jeans colour merah menyala. Oh, terima kasih..haha..dan nak bagitau, sale untuk UT (t-shirt) and fleece dah tamat yer..(selamat aku sempat).



002

2. Pavilion KL Christmas Village

wooh, lepas je pergi UNIQLO kat Fahrenheit 88 (former KL Plaza), saja-saja pergi Pavilion KL dengan harapan nak tengok macam mana sambutan filem 2 Alam kat GSC situ..bukan nak pergi tengok pun, tapi saja nak tengok sambutan..yela, kononnya sebar sana sini filem tu akan jadi box-office kan? haha. malangnya, aku sampai je GSC Paviloon, “eik? poster filem pun takde? kata kat paper now showing?”. haha,,apalah aku dengki sangat dengan dR R**mey tu kan? kih3.. suka hati dia la..

eh tersalah cerita pulak, tak pasal-pasal cerita pasal 2 Alam ek..haha..okay ni gambar deko terbaru pavi sempena krismas..aku pun tak paham macam mana loceng krismas tu boleh hampir sama besar dengan pokok krismas..haha..yang penting cantik. Kat dalam pulak penuh dengan sangkar-sangkar emas and bunga ros..fuhh..classy~

ni ada lagi beberapa pic deko-deko dia..

005


004


ok..aku ada jugak bergambar kat situ..saja buat semak tapi segan nak upload. haha..and lupa nak bagitau sekarang The Body Shop tengah sale..(eh, takde kena mengena pun dengan Pavilion kan? hahaha).



003

3. My Umi’s Birthday :)

ahaha…happy birthday my lovely mother! may Allah bless you. oh harini 20 November is my mum birthday yer..yang gambar kat atas ni tengah menyambut birthday la tu..huhu.. sorry la yer umi, Naufal taktau nak bagi hadiah apa..haha..sebenarnya tujuan nak pergi Bukit Bintang tu pasal nak beli hadiah la (selain nak pergi UNIQLO and habiskan duit..haha). malang tidak berbau, aku balik dengan tangan kosong pasal serius otak aku cramp taktau nak beli apa..haha.



propic

last but not least, “I’m proud to be Kuala Lumpurian!”..walaupun aku duduk kat Selangor tapi MyKad aku kod 14 ok..KL la tu..haha..

1 comment:

HonEyBuNNy said...

happy birthday umi...heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails