Thursday, November 11, 2010

Diploma Dua Landasan

hambik kau Diploma Dua Landasan? Pebende yang dua landasannye? tren terbaru lepas tren ETS ke? *weh aku tak berpeluang lagi naik tren tu weh..jakun gilerr..* haha..tak tak tak, apa yang aku nak habaq dengan ampa suma ni takde kene mengena pon dengan Keretapi Tanah Melayu ke, RapidKL ke, KL Monorail, ERL mahupun aerorail Melaka. Sebenarnya ni adalah satu sistem baru yang nak diperkenalkan kepada mahasiswa mahasiswi UiTM. Tadi belek-belek fesbuk (yela, baru habis paper la katakan an), then ternampak Dato' Sahol (VC UiTM) post status kat fanpage dia pasal Diploma Dua Landasan ni..or bahasa orang putihnye, Dual-track Diploma..haa..baru sedap sikit kot namanya kan? hehe..



so oleh kerana aku ni salah seorang dari student yang amek diploma dekat UiTM, aku jadi tertanya-tanya la jugak kan, "pekejadahnye Dual-track Diploma ni?"...laju-laju la aku search dengan gigih pasal benda ni and akhirnya aku jumpa jugak..rupa-rupanya benda ni baru je keluar paper semalam (ok, aku memang kedekut giler nak beli paper..haha). Meh aku terangkan apa benda Dual-track Dipoma ni so korang tak de la terhegeh-hegeh tanya orang sana sini once dia dah buat program ni nanti..hehe..


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata menerusi pendekatan baru dikenali ‘diploma dua landasan’, pelajar semester tiga bagi program diploma akan diberikan pendedahan latihan teknikal dan keusahawanan.
Katanya, pelajar yang mendapat keputusan bawah Purata Nilaian Gred Keseluruhan (CGPA) 2.75 pada semester tiga akan diserapkan kepada pendekatan baru itu bagi menggalakkan mereka mendapat pendedahan latihan kemahiran dan teknikal berbanding akademik.

“Pendekatan baru ini selari hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran kerja,” katanya selepas merasmikan Galeri Inovasi dan Kreativiti UiTM, di sini, semalam.

full article kat sini:


ok, dah tau dah? bagus..tapi bila dia nak laksanakan benda ni, tu aku tak tau..tunggu jela..aku nampak program ni macam bagus (as long aku ni bukanlah pelajar excellent mana pun kan *sedih*) tapi tak tau la cara perlaksanaan dia macam mana nanti. Hurmm..banyak pulak kan perubahan kat UiTM ni semenjak Dato' Sahol jadi VC? Bagus..bagus..

Last but not least, 'UiTM Sentiasa Di Hatiku'
(jangan kata aku bodek UiTM, dah ni memang tagline dia..huhu)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails