Monday, November 8, 2010

cabaran 6 hari bersama maggi

tadi SMS mama (Puan Sadiah aka Penolong Pengurus Asrama) tanya pasal insentif makanan untuk bulan November ni ada ke tak, yela, mana la tau kan, bulan November ni kitorang dok kolej setengah bulan ingatkan dapatlah RM60 kan. Tapi jawapan mendukacitakan dari mama “bulan ni dah takde, sem depan pulak”.. huwaaa…seyes sedey giler doe. Aku sekarang ni da boleh dapat status papa kedana, fakir miskin, rakyat miskin dan apa-apalah..kalau mohon zakat dapat kot..hehe..so lepas aku dah tahu secara officially yang bulan ni takde elaun makan, aku pun terus melancarkan ‘CABARAN 6 HARI BERSAMA MAGGI’. muahahaha..berkuatkuasa mulai HARI INI! yeah! *cantik tak bekas spongebob aku? hausmate aku lagi sorang suka patrick, bagosla tuu..haha


081120103641


mampus kurus keding la kau 6 hari baki sebelum nak balik rumah ni..whoaa cepatlah cuti. takpe, Allah takkan memberikan ujian kepada orang yang tak mampu menempuhinya. So aku mampu! Maggi 6 hari! Biarlah orang kata makan mggi nanti jadi bodoh ke, bengap ke, pending ke, aku sanggup bodoh dari mati kelaparan..erkk? tak la jugak kot..hehe. Takpe, effect bodoh tu jangka masa panjang, so macam tak effectkan lagi 3 paper aku ni..huhuh..

Time ni la kan nak merasa macam mana penderitaan saudara-saudara kita dekat Palestin, Iraq semua tu kan. Dan pada masa yang sama boleh la berkongsi rasa dengan mangsa-mangsa banjir kat bahagian utara sekarang ni..kesian dorang..dan kesian jugak dekat kawan-kawan aku yang dok at Kedah and Perlis ni masing-masing tak boleh concentrate exam pasal dok risau ka rumah and family dorang kat sana. Semoga banjir tu cepat-cepat surut naa..(eh tetiba masuk cerita banjir la pulak). Bayangkan 6 hari dok pulun maggi kari ni, then balik-balik dapat rasa masakan mak kan..nyum nyum..mesti semua benda jadi sedap! (jangan balik-balik ni mak aku masak maggi kari dah la..haha)

nota maggi kari: nak beli maggi sup tulang tadi pun tak cukup 20 sen..haha

1 comment:

HonEyBuNNy said...

nyum3...tgk magie terliur lak..heheh...ya2..ila pn mgsa bnjir gak..ehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails