Friday, April 20, 2012

Korean Language Class @ Korea Plaza KL

Assalamualaikum, salam sejahtera, 안냥하세요 :)

Okay seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, kali ni aku nak share dengan korang pasal Korean Language Class (KLC) yang aku join kat Korea Plaza KL. yeay! *tepuktangan* haha

Tapi sebelum aku start cerita panjang lebar, ramai jugak kawan-kawan aku even family aku sendiri tanya “kenapa nak pergi kelas bahasa korea?”. haha aku pun musykil jugak ;p yup I admit yang kalau aku belajar benda alah ni memang ntah bila aku nak praktikkan pun tak tau, tak kan lah pergi pasar tiba-tiba cakap dengan makcik tu “아줌마, 쇠고기 주세요” (ahjumma, soegogi jusaeyo – makcik, nak daging lembu) haha. ececeh baru belajar sikit stret nak cakap korea dengan makcik kat pasar =.=” hahaha

Ni jawapannya; first, sebenarnya aku lagi interested untuk belajar mandarin as bahasa tu aku boleh jugak guna kat Malaysia ni tapi mandarin susah nak belajar sendiri meyh (pada aku lah) pasal kalau boleh aku nak belajar online je, nak pergi kelas duit tarak. haha. So bila aku tengok bahasa korea yang dah macam trend kat Malaysia ni, so aku pun try belajar sendiri kat internet dulu and stret rasa macam “wuuu senang jugak bahasa ni ;p”. Second, lepas lebih kurang dua bulan aku belajar bahasa korea sendiri, kebetulan Korea Plaza tengah buka pendaftaran untuk KLC intake April (which is intake yang aku masuk sekarang ni lah) and aku pun cuba nasib untuk daftar and tak expect pun dapat pasal ramai jugak yang register tapi tak terpilih. Third, nak dijadikan cerita, I’m selected for the KLC, so apa lagi, alang-alang dah belajar sendiri sikit, why not belajar secara formal pulak kan, and one more its totally FREE! wee! And one more thing, I’m not learning this language pasal obses ke apa, tapi pasal aku memang suka belajar culture (and bahasa lah) lain-lain. Kalau ada kelas bahasa lain yang free, confirm aku pergi~heheh.

Orite, panjang intro aku. haha. okay ni baru nak intro pasal KLC; Korean Language Class (KLC) ni adalah antara kelas-kelas percuma yang ditawarkan oleh Korea Plaza KL. Selain kelas bahasa ni, ada jugak Kpop Dancing Class, Cooking Class and Beauty Workshop and yup, semua ni adalah free. KLC ni dia ada dua level, Level 1 dan Level 2, so kalau yang baru nak masuk tu kena daftar Level 1 lah dulu, jangan pakat masuk Level 2, masuk-masuk kelas nganga mulut je lah nanti. haha

18042012365-1_副本

Text book dengan worksheet yang comel~heheh

So untuk siapa yang berminat nak join language class ni, kena sentiasa alert dengan notis daripada Korea Plaza KL. Selalunya nanti dorang akan announce di website dan Facebook page dorang. So kalau nampak ada keluar notis kata registration open tu, laju-laju lah daftar pasal tempat dia sangat terhad. Kalau terlepas, kena lah pulak tunggu 3 bulan lagi pasal setiap intake tu duration dia around 3 bulan, dan kelas pulak seminggu sekali. Tapi, haa ni ada tapi pulak, buat waktu ni kelas hanya dijalankan pada hari bekerja sahaja, that’s mean there are no class held on weekend ye.

12042012316-1_副本

cak! this is my class, conducted by Ms. Sung

Okay then kalau dah daftar then terpilih, datanglah kelas tu ye. Best pasal 선생님 (soengsaengnim – teacher) yang ajar kita tu adalah native korean speaker, maknanya memang orang korea lah yang mengajar kita :) Teacher aku nama dia 숭선생님 (sung soensaengnim – Ms. Sung) dan sangat best dan bagi banyak homework =.= haha. jangan main-main, siap ada homework tau! haha.

First class haritu bosan sikit pasal just belajar karakter hangul tu which aku dah tau *nada berlagak lagi riak..haha just joking* tapi still best pasal dapat belajar banyak vocab baru :) next class nanti belajar nak buat sentences pulak. yeay *excited!* haha

Kalau siapa tak tau apa tu Korea Plaza, kat mana, nak pergi macam mana, ada apa, boleh tengok my previous entry ye : Korea Plaza KL .

anyeongikyesaeyo! bye ^^,

 

Tuesday, April 17, 2012

Korea Plaza KL

Assalamualaikum, salam sejahtera :)
Okay sekarang ni ramai yang gila Korea kan? Tak kisah lah lagu korea ke, makanan korea ke, filem korea, drama korea, bahasa korea, dance korea, make up korea, perempuan korea, ehh terlebih-lebih pulak kan. haha. just joking.
So kali ni I’ll be posting about Korea Plaza KL, bukan dekat Korea pun, tapi dekat Malaysia je ya. Aha, siapa yang die-hard-fan Korea mesti excited punya. Aku? Takpun, biasa-biasa je, pergi Korea Plaza KL ni pun semata-mata pasal datang Korean Language Class (KLC) kat situ. I’ll update later about the KLC okay?

12042012330-1_副本
annyeong haseyo ^_^
Taknak membebel panjang nanti orang bosan kan, so let me briefly explain about Korea Plaza KL. This plaza is located at Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur and run by the Korea Tourism Organization (KTO). Korea Plaza KL ni dibuka mainly untuk promote produk pelancongan Korea kat Malaysia ni, dan selain tu ada jugak conduct free Korean Cooking Class, Korean Language Class, Kpop Dancing Class, Beauty Workshop dan macam-macam lagi. Selain tu siapa yang nak pergi melancong ke Korea, amatlah digalakkan untuk berkunjung ke Korea Plaza KL ni untuk dapat info-info pasal tempat yang kita nak lawati and maybe ada pakej-pakej yang menarik untuk siapa yang datang kat sini.

17042012363-1_副本
antara brochure pasal pelancongan Korea yang sempat dirembat
Actually Korea Plaza KL ni taklah besar mana pun, tapi kalau nampak dalam gambar tu, nampak besar macam muzium. haha. Tapi aku rasa siapa yang gila segala pasal Korea tu, tempat ni dah cukup best dah. heheh. Siapa datang sini boleh try pakai hanbok (pakaian tradisional Korea) for free, amek gambar puas-puas dan yeah still free :) Then ada Kpop Corner (pandai-pandai pulak aku bagi nama kan. haha) where you can find lots of Korean drama and film collections dan kat situ ada jugak poster-poster artis-artis popular Korea. Then ada jugak pameran makanan-makanan Korea, instrumen muzik tradisional Korea, produk-produk kecantikan dan macam-macam lagi. Segala pamphlet brosur kat sini pun semua free, amek lah semua. haha.

12042012317-1_副本
Korean cuisines
12042012318-1_副本
Korean handcrafts
12042012320-1_副本
Korean skincare - TheFaceShop, Etude House, etc. (not for sale)
12042012321-1_副本
Wonder Girls are back ^^!
12042012323-1_副本
So Beast!!
12042012324-1_副本
yang ni boleh try pakai winter clothing dia. perasan winter sonata jap boleh la –.-
12042012326-1_副本
ni la yang aku cakap kpop corner tu. haha
12042012327-1_副本
DVD collections (not for sale or rent)
12042012329-1_副本
Information Counter
By the way ada jugak yang tanya kat Korea Plaza KL ni ada jual merchandise kpop tak? Jawapannya tak, kat sini dorang tak jual barang segala. Restoran makanan Korea pun takde kat sini ya.
Ok dah terang panjang berjela, nak pergi macam mana? Cara paling senang untuk ke Korea Plaza KL ni adalah dengan menaiki KL Monorail. Cepat, jimat dan mesra alam. cewahh~ok let me explain one by one how to reach here, so senang kalau korang nak datang sini nanti, tak payah sesat-sesat salah jalan, salah masuk bangunan dah :)
First, naik KL Monorail and berhenti kat Stesen Raja Chulan (ni yang paling dekat, boleh jugak turun kat Stesen Bukit Nanas sebagai alternatif). Ok dari Stesen Raja Chulan tu, turun ikut Platform 1, so bila dah turun tu tak payah melintas jalan dah. Then dah turun tangga tu, jalan terus je. Make sure korang lalu jalan yang ada bangunan Menara KH, Kenanga Investment Bank, Hotel Equatorial dan MBF. Kalau time jalan nampak bangunan-bangunan ni maknanya betullah tu :)

12042012337-1_副本
korang kene nampak bangunan-bangunan ni ye :)
Then jalan terus sampai ke Wisma KFC dan pengedar Mercedes Benz (Hap Seng Star) lepas tu ada simpang ke kanan, masuk simpang tu dan yeah sampailah anda ke Korea Plaza. Senang kan? Korea Plaza ni dalam Menara Hap Seng kat tingkat 1. Menara Hap Seng ni pulak sebelah pengedar Mercedes Benz tu je, bangunan putih.

12042012336-1_副本
Wisma KFC
12042012334-1_副本
Mercedes Benz dealer (Hap Seng Star). Bangunan putih belakang tu Menara Hap Seng
12042012332-1_副本
yeay dah sampai!
Ah, lagi satu kalau datang Korea Plaza KL ni, bolehlah daftar sebagai ahli Saranghaeyo Korea Club dengan yuran keahlian RM20 seumur hidup, tapi haritu aku buat free je pasal tengah promosi katanya. Rezeki tu~hehe.

17042012364-1_副本
Saranghaeyo Korea Club (SKC)
haaa semput..jadi sekianlah cerita pasal Korea Plaza KL. Untuk maklumat lebih lanjut pasal segala aktiviti-aktiviti kat Korea Plaza KL ni (termasuk free class, exibition dan lain-lain) boleh lah layari official website dorang, http://www.visitkorea.com.my . Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh drop comment kan bawah ye. Inshaallah untuk next entri nanti baru aku cerita pasal Korean Language Class yang aku masuk tu. Bye!
KOREA PLAZA KL
Operating Hours: Monday-Friday, 9am-6pm
Every Second & Forth Saturday, 10am-5pm
Closed on Malaysian public holidays.
Address: Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone No: 03-2072 2515
Facsimile No: 03-2072 3552
Email: klkoreaplaza@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/KoreaPlazaKL
Twitter: www.twitter.com/KoreaPlazaKL

UPDATE 20 APRIL 2012 - I've post an entry about the Korean Language Class by Korea Plaza KL, click here.

Saturday, April 14, 2012

my food diary

Assalamualaikum, salam sejahtera readers :)

Hah, ni aku share dengan korang semua my second tumblr. aha, biasalah kan, bila tengah cuti-cuti ni, mulalah rajin buat macam-macam. Blog yang satu ni pun update ntah ke mana, tapi tumblr siap ada dua~haha. lantak lah jang ;p by the way, siapa tak tau tumblr tu apa, dia macam blog jugak, tapi lagi simple dan dipanggil sebagai micro-blog. Kalau nak tau lebih-lebih, google sendiri. hahaha.

ok actually my second tumblr ni is more to food, eh bukan ‘more to food’ tapi mmg pasal food pun. yeah macam food blog, food diary pun boleh, tapi gambar je lah, takde lah nak review bagai. haha. Pasal aku ni suka snap gambar benda yang aku makan, so rasa macam apa salahnya nak share sekali dengan korang kan? ecehhh~

so siapa yang ada tumblr, kalau rajin follow lah (minta simpati ke apa ni? hehe just joking), yang takde tumblr pun boleh bukak jugak tau, saja nak kasi perut korang lapar, air liur meleleh-leleh tengok gambar makanan~hihi. here is the link http://ryeobites.tumblr.com/

Capture

messkidbites. yeah this is my 2nd tumblr, and its all about fooooddd :)

and just for your information, aku ada lagi satu tumblr, yang ni general punya tumblr aku dok main post macam-macam ada. haha. kalau nak melawat melihat menjenguk amatlah dialu-alukan jugak. haha. ni link my first tumblr http://ryeoqidz.tumblr.com/

Makanya (ada ke ‘makanya’ dalam BM? gasak jelahh~), selamat melawat to my tumblr yeah! Do let me know if you have tumblr too okay? Adios, wassalam~

Related Posts with Thumbnails